Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Inggeris: Centers for Disease Control and Prevention) atau singkatannya CDC merupakan sebuah agensi kawalan dan pencegahan penyakit kebangsaan di Amerika Syarikat. Pusat ini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia yang beribu pejabat di Georgia, A.S dimana ia bertindak sebagai badan yang melindungi kesihatan dan keselamatan awam dengan menyediakan maklumat.[1][2][3] Selain itu, ia juga mempromosikan kesihatan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan negeri dan organisasi yang lain. Pada asalnya, pusat ini ditubuhkan pada tahun 1946 bagi mencegah penyakit malaria. CDC merupakan salah satu daripada pengasas kepada Persatuan Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Antarabangsa (IANPHI).

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit

Di bawah bidang kuasa Kerajaan pusat Amerika Syarikat
Eksekutif agensi
Agensi induk Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia
Ibu pejabat Druid Hills, Georgia
Agensi-agensi terdahulu
  • Pejabat Aktiviti Kawalan Malaria Pertahanan Kebangsaan (1942)
  • Pejabat Kawalan Malaria di Kawasan Peperangan (1942–1946)
  • Pusat Penyakit Berjangkit (1946–1967)
  • Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaa (1967–1970)
  • Pusat Kawalan Penyakit (1970–1980)
  • Pusat Kawalan Penyakit (1980–1992)
Dibentuk 27 Oktober 1992
Belanjawan tahunan AS$8.8 bilion (2008)
Kakitangan 15,000